Para penduduk Kampung Durian Runtuh yang lain Senarai_watak_Upin_&_Ipin

Tok Dalang

Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4), Haji Burhanuddin Radzi (musim 5-12-)), Ahmad Kamel (musim 12) ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol, anak lelakinya yang menetap di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin

Muthu

Uncle Roti Canai Ada/Roti Telur Ada/ Roti Bom Ada/ Roti Tisu Ada dll.(Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Hazimin Hamdan)(Musim7-), lebih dikenali sebagai Muthu oleh orang-orang kampung, ialah seorang penjual makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Antara makanan dan minuman yang dijual di gerainya ialah nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, teh tarik, Milo dan sebagainya; dalam erti kata lain tidak banyak bezanya gerai Muthu dengan gerai mamak yang dijumpai di bandar.

Rajoo

Rajoo (Kannan a/l Rajan) ialah anak lelaki kepada Muthu seorang kawan karib Upin dan Ipin yang lima tahun lebih tua berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Dalam filem Geng, Rajoo dikenali kerana memiliki kebolehan istimewa iaitu berkomunikasi dengan haiwan, apatah lagi menjadi penterjemah untuk Oopet. Rajoo membela seekor lembu betina bernama Sapy yang juga dijadikan alat pengangkutan peribadinya.

Salleh (Nama manja Sally)

Salleh atau Sally (Ros Hasrol Ahmad) (Musim 1-10), (Soufi) (Musim 10-) terkenal sebagai lelaki lembut yang lantang dan sinis. Dalam siri TV Upin & Ipin, wataknya dilihat sering bertukar-tukar pekerjaan, baik sebagai pustakawan dalam perpustakaan bergerak (dalam episod "Seronoknya Membaca") mahupun peniaga Internet (dalam "Jari Jemari Salleh" dan "Usahawan Muda"). Dalam filem Geng, Salleh bersekongkol dengan watak jahat Pak Mail dan Singh menjadi pembutu haram untuk menangkap makhluk pelik (ibu Oopet) demi keuntungan.


Merupakan antara watak yang popular dalam Upin Ipin dengan gaya gaya lembutnya yang mencuit hati. Salleh mempunyai kereta proton berwarna merah. Dan selalu menggunakan tagline “tak kuasa aku” ketika annoyed.


Jantina beliau sebenarnya lelaki, tetapi beliau menafikannya. Hmmm

Ah Tong

Ah Tong (Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Calvin) (Musim 7-):Seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan bercakap dengan pelat Cina yang kuat. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episod Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya.

Jahil

Jahil ialah bapa kepada Ehsan. Kali pertama dia dilihat adalah di episod Juara Kampung (bhg 1), di mana dia bermain badminton bersama Ehsan. Dia juga dapat dilihat sekilas dan suaranya terdengar dalam episod Zakat Fitrah.

Ustaz Hamzah

Ustaz Hamzah merupakan pengajar mengaji al-Qur'an yang diperkenalkan dalam episod musim keenam, "Iqra'".

Abang Roy Kontol

Abang Roy Kontol merupakan watak seorang yang memiliki wau pemalas karena corak pun takde, tak patut masuk langsung dan Abang Roy merupakan orang dilihat membakar sampah.